CERAMAH 3 JAM DI SK SEKSYEN 27 (1) SHAH ALAM


24 Februari 2012, Seksyen 27 Shah Alam - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management diiringi Encik Johari telah menyampaikan ceramah selama 3 jam yang bertajuk Pengurusan Masa dan Kemahiran Belajar di SK Seksyen 27 (1) Shah Alam.

Sesi ceramah yang panjang, alhamdulillah, penceramah dapat mengawal peserta dengan baik. Namun, penyampaian agak terganggu apabila keadaan pelajar di luar sangat bising ketika rehat. Keadaan ini menyebabkan sedikit sebanyak input yang diberikan tidak dapat didengari dengan jelas.



Secara umumnya, ceramah ini dimulakan dengan sesi pemecah bendungan dan kemudian kontrak penting penceramah dengan peserta. Apabila memasuki isi pertama, penceramah menumpukan kepada pengurusan masa yang merupakan tunjang utama dalam menguasai teknik belajar yang berkesan. Ini kerana ia berkaitan dengan disiplin dan kemampuan pelajar untuk mengawal diri sendiri.



Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berterima kasih kerana kepercayaan yang diberikan kepada kami khususnya buat Cikgu Zainon dan sekolah. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular