KEPIMPINAN MUDA DI SK METHODIST PJ


3 Mei 2012, Petaling Jaya - IQ Class Management telah menerima jemputan kedua dari Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya. Kali ini, kami hadir untuk melaksanakan Kursus Kepimpinan Muda. Seramai 80 orang peserta menyertai dan kami diwakili oleh kesemua perunding latihan seramai 3 orang.


Perjalanan aktiviti lancar dan amat memberangsangkan. Aktiviti ini diharapkan akan dapat membentuk kepimpinan muda SK Methodist PJ dengan baik dan berkesan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakannya. Semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular