SK SUNGAI SERDANG

27 Mac 2014, Klang Selangor - Pertemuan kedua, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami bersama pelajar-pelajar SK Sungai Serdang selepas pertemuan yang pertama berlaku pada bulan Disember 2013. Pelajar diminta mengingatkan kembali apa yang pernah dikongsikan pada pertemuan Diswmber yang lalu. Pertemuan bersiri telah dirangka oleh pihak sekolah untuk memastikan bimbingan motivasi berjalan seiring dengan persiapan akademik mereka.

Pertemuan kali ini masih membincangkan cara belajar berkesan tetapi kali ini lebih khusus kepada beberapa teknik menyimpan nota dan membuat jadual. Peserta akhirnya diberikan tugasan mengikut kumpulan yang dibentuk berdasarkan subjek paling lemah mereka. Antara tugasan tersebut adalah kamus bahasa inggeris, menulis karangan serta membuat set latihan soalan.

Catatan Popular