PROGRAM MENYEMAI MINAT BELAJAR SK JELAI 3 (F)

6 April 2014, Hulu Langat Selangor - IQ Class Management diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasinya, Encik Kamarul Azami bersama dibantu 4 orang fasilitator telah menjayakan bersama menjayakan program 3 hari 2 malam bersama 40 orang pelajar tahun 5 dan 6 dari SK Jelai 3 (F) bermula pada 4 April sehinggalah 6 April 2014. Program yang direncanakan hampir 2 bulan berakhir dengan satu majlis perasmian yang amat meninggalkan kenangan besar bagi kami di IQ Class Management dan piahk SK Jelai 3 (F). Peserta telah bersama dalam kumpulan bersama fasilitator Saudari Nik Sabriah, Saudara Al-Fitri Shah, Saudara Amirul Shafiq dan Saudara Lukman.

Program diselang-selikan antara LDK, ceramah oleh Perunding Utama IQ Class Management dan perlumbaan IQ yang berlangsung dalam suasana hujan dan basah pada setiap petang. Alhamdulillah, peserta-peserta kali ini menampakkan komitmen yang cukup tinggi dan membanggakan ditambah lagi dengan persembahan pembentangan aktiviti akhir mereka yang amat menyentuh perasaan. 4 kumpulan membentang dengan hasil pembentangan apa yang akan kami lakukan selepas ini, lagu kenangan kami di sini, ikrar masa depan kami dan lakonan apa yang telah kami pelajari di sini. Semoga peserta berjaya di dalam peperiksaan dan hidup mereka di dunia dan di akhirat nanti. Amin.




Catatan Popular