SMK TAMAN SELAYANG

23 Ogos 2014, Gombak Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah memenuhi jemputan ceramah ke SMK Taman Selayang pada hari Sabtu yang lalu bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Namun, berlaku beberapa kekeliruan dan menyebabkan ceramah ditangguhkan sehingga jam 10.15 pagi. Ceramah yang disampaikan adalah Asas Fasilitator. Ia merupakan satu ceramah pengenalan dalam usaha IQ Class Management untuk memperkenalkan dan mengetengahkan fasilitator sebagai satu kemahiran insaniah yang mampu mengubah persepsi pelajar di sekolah.

Ceramah disampaikan kepada pelajar tingkatan 4 dan mendapat perhatian dan sambutan yang baik. Antara yang diperbincangkan ialah definisi fasilitator, ABCDE fasilitator serta beberapa kemahiran fasilitator dan perkongsian pengalaman penceramah sendiri.

Catatan Popular