BENGKEL KESEDARAN SOSIAL BERSAMA ABIM

13 November 2014, Tanjong Karang Selangor - IQ Class Management sekali lagi diberikan kepercayaan untuk bersama ABIM bagi menganjurkan Bengkel Kesedaran Sosial dengan topik asas Bahagia Menjadi Gadis dan Aku Teruna Terhebat. Bengkel berlangsung selama lebih kurang 6 jam bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 2.00 petang. Bengkel diterajui oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami bersama fasilitator ABIM dan Facilitating nad Development Team (FaDelaT) IQ Class Management.

Peserta adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 SAM Tanjong Karang. Pelajar dibahagikan kepada 2 sesi yang mana melibatkan sesi perbincangan dalam kumpulan dan sesi bersama penceramah yang juga terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki bersama Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dan kumpulan perempuan bersama Exco ABIM Pusat, Puan Maria.

Catatan Popular