IQCM BERSAMA ABIM KUALA SELANGOR

3 Disember 2014, Kuala Selangor Selangor - Kerjasama erat ABIM Selangor, ABIM Kuala Selangor dan IQ Class Management diteruskan dengan penganjuran Program Perkhemahan Asas Ibadah 2014 di Masjid Darul Iman Parit Serong Tanjong Karang. Program yang dianjurkan oleh AJK masjid tersebut berjaya dilaksanakan dengan beberapa konsep atau segmen diseragamkan dengan harapan dapat memberikan kelainan kepada peserta yang menyertainya.

Penyertaan adalah dikalangan remaja berumur 11 sehingga 14 tahun. Seramai hampir 50 orang peserta yang mendaftar dan kebanyakan mereka adalah dari kalangan remaja kampung Parit Serong. IQ Class Management bersama ABIM Selangor bertangguangjawab menyediakan modul bagi segmen Asas Ibadah dengan dibantu oleh fasilitator yang didatangkan oleh ABIM Kuala Selangor. Manakala segmen yang kedua adalah perkhemahan yang diketuai oleh Cikgu Ismail bersama pihak AJK masjid.

Catatan Popular